Monday, April 20, 2009

Virgin Coconut Oil (VCO):Minyak Kelapa Dara (MKD)

Salam semua!!

Dah lama leen tak update blog nie...masih lagi sibuk dengan roti-roti leen tapi disebabkan ketiadaan kamera yang tidak membolehkan untuk leen postkan gambar2nya disini tu yang senyap aje, lagipun komputer yang leen gunakan ni pun dah 'pening-pening unta'...biasalah barang lama tunggu masa untuk 'dispose' aje..

Tapi peluang yang ada ni leen ingin berkongsi dan mungkin ingin mengajak teman-teman blogger lain untuk 'explore' sekejap tentang kelebihan ataupun mengetahui khasiat minyak kelapa dara..ha mungkin ada yang pernah tertengok iklan di mana-mana media cetak tentang produk/syarikat Bio-Asli. La ni leen dan family telah pun mencuba salah satu dari produk syarikat tersebut, Kapsul Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda.

Ini juga salah satu produk MKD :

Kopi Kelapa Dara - khusus untuk lelaki dan wanita dewasa, umumnya untuk pasangan suami-isteri.

Actually, leen tak boleh la nak bagi testimoni kesan or hasil dari pengambilan produk ni, sebab baru aje mencubanya. Tapi selain kita dapat memanfaatkan penggunaan produk, kita juga dapat menjana pendapatan sampingan kita melalui pelan pemasaran yang disediakan oleh syarikat.


Ini pula adalah gambar Duta Produk Bio-Asli:

Abang Rahim (Pelakon), En. Ishak Basiran (Pengasas Bio-Asli) dan Kaza @ Degawan (Pelakon Susuk).

Nak tahu lebih lanjut lawati laman web : http://www.bio-asli.com/?id=eldin741 . Id penaja = eldin741

Tuesday, March 31, 2009

..roti, roti, roti ...

Hi all!!!
for this whole week since last thursday, leen sibuk dengan projek breading leen. Mostly leen banyak buat sausage bun ngan hotdog bun. Semua ni leen supplykan untuk acik nor yang bawa van sekolah tu. Dia tolong leen jual pada anak-anak sekolah yang naik van sekolah dia. Tapi malangnya leen tak dapat nak shoot gambar2 bun dan tak boleh nak upload kat sini sebab kamera lak tak ade (almaklumla kamera pinjam, pepaham la noo...) . Tapi takpela bentuk rupanya sama je ek, cuma kalau ada gambar boleh kita kongsi keseronokan melihat gambar-gambar roti kita yang menggebu tu kan...

Monday, March 23, 2009

..DoorGift for any occassions..

nak promo la sket kat sini..
ni sample cuppies supermini dengan deko yang simple.
Harga: RM1.00/pcs

Topping : Chocolate Ganache

Topper : Single Flower Gumpaste or any candy

*Nota : harga tidak termasuk bekas cuppies*

..hantaran cuppies..

angah (ita@GDM) yang bagi leen ode ni..ode ni datang dari new customer ita (first time). Dia nak pada 8/3 yg lalu, ketika itu ita ada course Wilton...tp disebabkan customer tu beriya-iya sangat minta dibuatkan cuppies utk hari special dia, tak ingat lak samada bertunang or nikah..sori yek dik siti,jadi ita minta la leen tolong buatkan. Kebetulan siti tu stay di Selayang dan sedia pick-up di Paya Jaras nie.
Siti ode 200pcs. 100pcs marble cake dan 100pcs lagi chocolate moist cake.

100pcs - Marble Cake

Topping : Apple Green Buttercream + Black Gumpaste Flower


100pcs - Chocolate Moist Cake
Topping : Buttercream +Baby Blue Gumpaste Flower


Ready to pick-up

>>Close-up view<<







..mIni wHiTe LoAf..

White Loaf in the pan..
roti ni leen buat untuk di makan masa minum petang.. tea time for mak n abah.
makan roti kosong ni bersama jem strawberry ..minum teh 'o' panas..pergh!!!

:. Caterpillar Bread or/atau Twisted Sausage Bun.:
(Kak Ita @ Sg. Pelong ode 30 peket nak bawa balik Kelate, thx kak ita..)

:. Roti Sosej Goreng.:

..Mini Pizza Ayam Kari..


:. Inti Pizza - Ayam Kari .:

:. Mini Pizza - Ayam Kari (Sblm di bakar) .:


:. Mini Pizza (Pan 7") .:

Inti/Topping : Ayam Kari, Kentang, Lobak, Kobis

Tuesday, March 17, 2009

Hi all!!

Sori to u all..for a few week ni leen tak dapat nak share a new posting kat sini coz having a few troubleshooting with my desktop...so photo-photo yang da leen shoot tak bole nak edit. Temporary ni leen guna laptop ucu (satu-satunya adik lelaki leen yang handsome tu..hihihi). Leen akan cuba edit posting yang baru bila ada kelapangan sb nya la ni cuti sekolah, faham-faham la da anak-anak kat rumah semuanya macam-macam ragam....tak leh nak concentrate..by the way, have a nice school holiday for all blogger!!!

Tuesday, March 3, 2009

.: roti sosej :.

.: roti pizza :.

untuk hantar ke tempat kak ita @ Sg. Pelong.


Renungan:
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu.
Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka siapakah
gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah selepas itu?
Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal"
-Surah Ali Imran:160-

marble cuppies

ari minggu yang lepas, leen buat marble cupcake sebab nak test oven bulat mak punya...nak lihat tahap 'kembang'nya kek bila dibakar nanti. Resepinya ikut yang angah (ita@GDM) bagi.. so glad, menjadi dan ok tahap kembangnya kek tu..itupun angah suruh tambah baking soda 1/2 tsp. Masa nak bancuh kek ni, leen gantikan serbuk koko yang biasa diguna dengan black coco powder, sebab stok banyak lagi (biasa guna untuk wat steam chocolate cake) takut tak diguna nanti expired..tu yang nampak gelap marblenya. Ha..camne ngah, ok tak marble along nie..hihihi.
Cuppies ni leen hantar kat tempat kak ita @ Sg. Pelong..for sure, anak-anak leen suka makan (malunya sebab asyik citer anak-anak leen ni kuat makan, actually anak-anak leen tak la besar mana tapi selera mereka ni memang besar...lagipun anak-anak leen ni memang a good food tester, jika diorang suka memang tak cukup, kalau tak suka, alamat apa yang leen masak akan masuk perut tong...)

Sunday, March 1, 2009

.:: Balqis is 5 ::.

"..Happy Birthday Balqis.."

Nora ode kek birthday anaknya, Balqis yang ke-5. Dia nak wat majlis pada hari khamis malam. Kebetulan tengahari khamis tu leen nak pegi umah angah (GDM) sebab nak tolong dia deko cuppies..so leen siapkan bake and deko kek anaknya ari rabu malam. Dia juga ode brownies 100pcs untuk hantar ke sekolah tadika Balqis.


:. Chocolate Moist Cake .:
Topping : Chocolate Ganache,Gumpaste, Sugarpaste Image, Buttercream

:. Chocolate Brownies .:
Topper : Ganache + Chocolate Rice + Decorations Candy

.: Pizza :.

Topping : sosej + lobak merah + kobis (dihiris halus-halus)

ini pizza sosej, budak-budak memang suka...
Boleh dapat 8 slices bila dipotong.

Kalau anak-anak leen, bila makan pizza kat Pizza Hut diorang mesti ode topping sosej, diorang tak heran walau ada promosi yang lain. Tu pasal sekarang bila dah tahu wat pizza sendiri, leen lebihkan sosej dan tambahkan sayur yang mereka suka makan aje..

Saturday, February 28, 2009

::.roti pandan inti kelapa.::

cuba dari buku resepi Alex Goh. Roti Pandan Berkaya tapi leen gantikan jadi roti pandan inti kelapa.


.:ni intinya yang mak leen buat:.



Actually mak leen ni memang pandai masak, masakan dia sedap-sedap, selain dari air tangan mak, semestinya mak leen ni kreatif. Dia hanya boleh tengok sambil lalu mana-mana program masak, pas tu dia try...kadang-kadang dia rasa je, kemudian dia try...yelah orang yang berpengalaman yang setiap hari masak untuk keluarga ye kan...tapi sekarang ni sejak dia balik dari mengerjakan haji tahun lepas, dia da malas masak...dia nak merasa masakan anak-anak pula..

:.penuhi permintaan Irfan.:

ari isnin yang lepas anak leen yang ke-2 minta buatkan popia untuk dibawa bekal ke sekolah. Dia selalu beli dari tempat Nora tapi tak puas makan...(ermm..irfan ni lepas sunat tahun lepas, badan dia memang mendadak naik, pas tu selera makannya, mak oii...). Leen beli bahan-bahan untuk intinya cuma sayur kobis dengan lobak merah aje. Disagat halus-halus. So, pagi selasa tu mak leen yang goreng kan untuk anak-anak leen, masing-masing bawa ke sekolah, sampai tak cukup untuk sarapan atoknya lak...
actually leen ni bukanlah jenis orang yang rajin nak buat sarapan, tapi yela sekarang ni anak-anak sedang membesar cari gak alternatif untuk buat sesuatu yang mengenyangkan mereka. Lagipun sejak ada laluan internet ni, memudahkan leen mencari resipi untuk dicuba, terutama kegemaran anak-anak dan keluarga. Seronok tau bila apa yang kita masak ni habis di makan dek mereka...bole la jimat sket, lagipun kita bole pantau pemakanan yang berkhasiat untuk mereka, bila kita boleh buat sendiri..

:. ni inti popia yang leen tambahkan kentang lenyek bersama kobis dan lobak .:

....ni la irfan....

.:roti piza:.

:. sebelum masuk oven .:

roti piza ni leen buat untuk di hantar kat kenalan leen yang buka gerai depan SK Sungai Pelong. First day letak, alhamdulillah mendapat sambutan yang baik..tentu sekali budak-budak suka makan sosej kan..Leen bukannya letak setiap hari, biasanya leen letak kat sana setiap hari isnin dan rabu aje..
:.inila roti pizza yang telah dibakar.:

Friday, February 27, 2009

.:. mini piza .:.

mini piza untuk hantar kat tempat nora

'ready to deliver'


nAk mAkAn jer...

ni rupa ape ek...entah la, leen buat aje. Ikut idea dari yani@myresepi, dia kata kat jepun namanya anpanman. Tq to yani for sharing her idea.

ni roti sosej gulung dan roti kacang merah. Leen wat untuk anak buah leen, anak-anak ita@guladanmentega yang balik kejap ari minggu lepas.

.:.Buat untuk breakfast.:.

:)tunggu pau ni kembang(:

da lama mak tak buat roti pau..aritu mak buat macam tak menjadi lak, tak gebu macam biasa mak buat. Tu sebab mak dah malas nak buat lagi..jadi leen cuba lak buat untuk sarapan minggu lepas. Leen minta mak masakkan inti kacang merah. Dulu leen pernah gak buat sekali, masa panas ok la lembut tapi bila da sejuk, sendiri fikir la!!! Kali ni da tau tip-tip untuk jadikan pau ni lembut dan gebu that's why berani cuba lagi...
alhamdulillah pau yang leen buat menjadi tapi masih tak puas hati gak sebab tak berapa gebu...nanti nak cuba lagi,nak gebu macam yang kat kedai tu...

Rush Aqiela Ilmulieya is 4 now!!!

untuk awal tahun 2009 ni, leen belum terima ode untuk kek birthday. Tapi pagi khamis yang lepas, adik angkat leen SMS minta buatkan kek harijadi untuk aqiela (anak ke-2nya) yang jatuh pada 22/2/2009. Ni yang nak kongsi cerita nie..yela dah lama tak buat kek, kebelakangan ni leen leka dengan roti aje, banyak lak dugaannya. Actually, masa bakar kek ni leen hadapi masalah besar dengan oven yang biasa leen guna tu..entah kenapa la, oven punya temperature tak leh nak kawal, walaupun leen letak serendah 100 degree, kek jadi hangus..tensionnye!!! 2 kali leen mencuba, hangus gak...udahnya kali ke-3 bagi mengelakkan kek rosak lagi, leen gunakan oven bulat mak..Birthday girl yang pakai baju merah tu, namanya Rush Aqiela Ilmulieya Bt Rusli. Sambut ulangtahun ke-4. "Happy Birthday Qiela". .:Chocolate Moist Cake:.

ni la dia gamaknya hasil yang ke-3, setelah 2 kali kecewa...huk,huk,huk. Nak sapu ganache ngan buttercream pun ada gak dugaannya tau...kononnya leen nak la cuba wat kek 2-tingkat nie, kononnya la bole buat...

leen cuba guna steam buttercream (ikut mcm yasmin,thebakingproject.com) untuk topping bahagian atas, yang bawah tu biasala guna ganache..ingat semudah yang disangka, ermm...comot limot masa menuang buttercream yang cair tu atas kek...tapi setidaknya kalau tak dicuba kita tak tahu kan...udahnya untuk menutup kecelaannya, leen cover la kek tu ngan image power puff girl. Inila hasil tanganku....kira ok la ek!

Thursday, February 19, 2009

Untuk makan-makan jer...

brownies ni acik nor yang ode semalam. Pagi tadi dia ambik dari tempat nora..untuk makan-makan jer.

..>> Brownies <<..

Leen wat brownies ni untuk letak kat tempat nora. Leen potong kecil sikit untuk bajet bebudak sekolah. Hiasan simple jer, untuk menarik minat budak-budak...

Wednesday, February 18, 2009

~..Pengumuman..~

Leen ingin mempelawa mana-mana pengusaha kantin, mahupun kindergarten atau prasekolah atau mana-mana nursery di sekitar Sg. Buloh ni amnya, yang mungkin mencari sesuatu untuk mempelbagaikan pemakanan anak-anak seperti roti dan bun, bolehlah menghubungi leen.

..ermm, roti lagi ...

ermm..da jadi cam 'bai roti' lak yer..ni nak tunjuk gambar roti yang leen telah buat. Macam bunga bentuknya ni, leen letak inti sardin..anak-anak da mula komplen, nape ibu asyik wat bun sosej je, wat la inti lain...

yang ni pula masih bun sosej tp leen buat bentuk lain lak...kena la kreatif sikit nak memikat selera anak-anak.