Saturday, February 28, 2009

::.roti pandan inti kelapa.::

cuba dari buku resepi Alex Goh. Roti Pandan Berkaya tapi leen gantikan jadi roti pandan inti kelapa.


.:ni intinya yang mak leen buat:.



Actually mak leen ni memang pandai masak, masakan dia sedap-sedap, selain dari air tangan mak, semestinya mak leen ni kreatif. Dia hanya boleh tengok sambil lalu mana-mana program masak, pas tu dia try...kadang-kadang dia rasa je, kemudian dia try...yelah orang yang berpengalaman yang setiap hari masak untuk keluarga ye kan...tapi sekarang ni sejak dia balik dari mengerjakan haji tahun lepas, dia da malas masak...dia nak merasa masakan anak-anak pula..

:.penuhi permintaan Irfan.:

ari isnin yang lepas anak leen yang ke-2 minta buatkan popia untuk dibawa bekal ke sekolah. Dia selalu beli dari tempat Nora tapi tak puas makan...(ermm..irfan ni lepas sunat tahun lepas, badan dia memang mendadak naik, pas tu selera makannya, mak oii...). Leen beli bahan-bahan untuk intinya cuma sayur kobis dengan lobak merah aje. Disagat halus-halus. So, pagi selasa tu mak leen yang goreng kan untuk anak-anak leen, masing-masing bawa ke sekolah, sampai tak cukup untuk sarapan atoknya lak...
actually leen ni bukanlah jenis orang yang rajin nak buat sarapan, tapi yela sekarang ni anak-anak sedang membesar cari gak alternatif untuk buat sesuatu yang mengenyangkan mereka. Lagipun sejak ada laluan internet ni, memudahkan leen mencari resipi untuk dicuba, terutama kegemaran anak-anak dan keluarga. Seronok tau bila apa yang kita masak ni habis di makan dek mereka...bole la jimat sket, lagipun kita bole pantau pemakanan yang berkhasiat untuk mereka, bila kita boleh buat sendiri..

:. ni inti popia yang leen tambahkan kentang lenyek bersama kobis dan lobak .:

....ni la irfan....

.:roti piza:.

:. sebelum masuk oven .:

roti piza ni leen buat untuk di hantar kat kenalan leen yang buka gerai depan SK Sungai Pelong. First day letak, alhamdulillah mendapat sambutan yang baik..tentu sekali budak-budak suka makan sosej kan..Leen bukannya letak setiap hari, biasanya leen letak kat sana setiap hari isnin dan rabu aje..
:.inila roti pizza yang telah dibakar.:

Friday, February 27, 2009

.:. mini piza .:.

mini piza untuk hantar kat tempat nora

'ready to deliver'


nAk mAkAn jer...

ni rupa ape ek...entah la, leen buat aje. Ikut idea dari yani@myresepi, dia kata kat jepun namanya anpanman. Tq to yani for sharing her idea.

ni roti sosej gulung dan roti kacang merah. Leen wat untuk anak buah leen, anak-anak ita@guladanmentega yang balik kejap ari minggu lepas.

.:.Buat untuk breakfast.:.

:)tunggu pau ni kembang(:

da lama mak tak buat roti pau..aritu mak buat macam tak menjadi lak, tak gebu macam biasa mak buat. Tu sebab mak dah malas nak buat lagi..jadi leen cuba lak buat untuk sarapan minggu lepas. Leen minta mak masakkan inti kacang merah. Dulu leen pernah gak buat sekali, masa panas ok la lembut tapi bila da sejuk, sendiri fikir la!!! Kali ni da tau tip-tip untuk jadikan pau ni lembut dan gebu that's why berani cuba lagi...
alhamdulillah pau yang leen buat menjadi tapi masih tak puas hati gak sebab tak berapa gebu...nanti nak cuba lagi,nak gebu macam yang kat kedai tu...

Rush Aqiela Ilmulieya is 4 now!!!

untuk awal tahun 2009 ni, leen belum terima ode untuk kek birthday. Tapi pagi khamis yang lepas, adik angkat leen SMS minta buatkan kek harijadi untuk aqiela (anak ke-2nya) yang jatuh pada 22/2/2009. Ni yang nak kongsi cerita nie..yela dah lama tak buat kek, kebelakangan ni leen leka dengan roti aje, banyak lak dugaannya. Actually, masa bakar kek ni leen hadapi masalah besar dengan oven yang biasa leen guna tu..entah kenapa la, oven punya temperature tak leh nak kawal, walaupun leen letak serendah 100 degree, kek jadi hangus..tensionnye!!! 2 kali leen mencuba, hangus gak...udahnya kali ke-3 bagi mengelakkan kek rosak lagi, leen gunakan oven bulat mak..Birthday girl yang pakai baju merah tu, namanya Rush Aqiela Ilmulieya Bt Rusli. Sambut ulangtahun ke-4. "Happy Birthday Qiela". .:Chocolate Moist Cake:.

ni la dia gamaknya hasil yang ke-3, setelah 2 kali kecewa...huk,huk,huk. Nak sapu ganache ngan buttercream pun ada gak dugaannya tau...kononnya leen nak la cuba wat kek 2-tingkat nie, kononnya la bole buat...

leen cuba guna steam buttercream (ikut mcm yasmin,thebakingproject.com) untuk topping bahagian atas, yang bawah tu biasala guna ganache..ingat semudah yang disangka, ermm...comot limot masa menuang buttercream yang cair tu atas kek...tapi setidaknya kalau tak dicuba kita tak tahu kan...udahnya untuk menutup kecelaannya, leen cover la kek tu ngan image power puff girl. Inila hasil tanganku....kira ok la ek!

Thursday, February 19, 2009

Untuk makan-makan jer...

brownies ni acik nor yang ode semalam. Pagi tadi dia ambik dari tempat nora..untuk makan-makan jer.

..>> Brownies <<..

Leen wat brownies ni untuk letak kat tempat nora. Leen potong kecil sikit untuk bajet bebudak sekolah. Hiasan simple jer, untuk menarik minat budak-budak...

Wednesday, February 18, 2009

~..Pengumuman..~

Leen ingin mempelawa mana-mana pengusaha kantin, mahupun kindergarten atau prasekolah atau mana-mana nursery di sekitar Sg. Buloh ni amnya, yang mungkin mencari sesuatu untuk mempelbagaikan pemakanan anak-anak seperti roti dan bun, bolehlah menghubungi leen.

..ermm, roti lagi ...

ermm..da jadi cam 'bai roti' lak yer..ni nak tunjuk gambar roti yang leen telah buat. Macam bunga bentuknya ni, leen letak inti sardin..anak-anak da mula komplen, nape ibu asyik wat bun sosej je, wat la inti lain...

yang ni pula masih bun sosej tp leen buat bentuk lain lak...kena la kreatif sikit nak memikat selera anak-anak.

~ Roti Sosej Roti Sardin ~

~Bun Sosej~

pagi ni leen buat bun sosej lagi untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Anak perempuan leen, tasha ada aktiviti kokurikulum ari ni, jadi dia kena datang awal ke sekolah. Dia kata nak bawa roti ngan nasi ke sekolah..sukahati kakak la, asalkan dia tak beli 'jajan' yang bukan-bukan kat tepi sekolah tu...
~Bun Sosej~
leen menggunakan doh yang sama untuk membuat bun sardin ni pula..

Tuesday, February 17, 2009

Kongsi kreatif..(lari dari tajuk lak..)

.:Sulam reben di atas poket:.
sekadar nak berkongsi ngan kekawan minat leen, selain dari membuat kek dan roti. Ni seluar jeans leen yang dah lusuh, ingat nak beri penampilan baru (yang lama nampak la baru...). Leen wat sulam reben pada bahagian poket dan kaki seluar dengan corak bunga yang simple jer.
ni pula sulam benang yang leen wat atas kain. Kain ni memang kosong sangat tanpa corak apa-apa jadi untuk menjadikan ianya menarik leen guna labuci untuk dijadikan bunga ala-ala sunflower.

.: Sulam benang :.

Monday, February 16, 2009

Mexican Bun




Doh baru nak mengembang..



pagi ni lepas siap masak untuk anak-anak, leen wat mexican bun nie... semalam tak sempat nak buat. Pagi tadi buat roti sandwich sardin dan sandwich telur, habis 1 buku roti... anak-anak bawa sikit untuk bekal ke sekolah dan separuh lagi leen letak kat tempat nora. Biasanya mexican bun ni kitorang beli kat The Store harganya RM1.80 sebiji, tapi memang la besar saiznya. Kali ni bila dah boleh buat sendiri, leen kecik kan sikit saiznya. Kalau nak jual kat bebudak sekolah boleh la leen letak harganya RM1.00 je.


Actually, kebanyakkan resepi-resepi bun dan roti yang leen wat nie, leen ambik dari fp.mamafami dan myresepi.com. Ada juga dari fp.alfahanum and a few person lagi, tak ingat la..by the way thanks to you all for sharing all the kind recipes..


Mexican Bun




Saturday, February 14, 2009

alamak...leen tak sempat nak update new entry lagi la, bukan nya ape sebab sibuk main ngan doh aje. Sejak first time wat roti menjadi, ramai lak wat permintaan terutamanya roti sosej. Actually, leen tumpang letak kat tempat jiran yang menjual di depan rumahnya yang memang tempat laluan bebudak nak ke sekolah (sekolah seberang jalan je..). Nak post gambo2 bun pun tak dapat lagi, ni pun sekadar menjenguk jap sebab nak touch-up halaman baru..angah la yang advise to do it... esok nak try wat mexican bun lak, sebab anak-anak memang suka..nanti kalau sempat leen postkan gambar-gambar bun yang leen wat....

Sunday, February 8, 2009

Angan-angan tercapai.....




ini percubaan pertama leen wat roti. Da lama dok berangan nak membuatnya, entah tiba-tiba satu hari tangan ni terus aje mengadun doh yang pertama....ni nak tunggu doh mengembang la ni sebelum masuk oven.




haa..dah nak kembang da leen punye doh ni...tak sabar nak tengok hasilnya selepas dibakar...ermm, lembut ke roti aku ni...






ni la hasilnya,kira oklah ek sebab leen tak gi mana-mana kelas pun baru first timer try...tapi leen sendiri tak sempat nak merasa. Kebetulan kat rumah mak ni ada ramai sedara mara datang, pak usu dari kampung pun datang, angah (guladanmentega.blogspot.com) pun baru sampai masa leen keluarkan roti dari oven. Diorang semuanya makan panas-panas, yelah baru keluar dari oven, tentulah sedapkan (eeii, puji diri sendiri..). Tercapai jugak akhirnya angan-angan leen ni, sebab anak-anak memang suka makan roti jadi bila first experiment menjadi, anak yang sulong dah merancang minta leen wat pizza lak...ok,tunggu next experiment lak k.....

Saturday, February 7, 2009


kekawan mak kat terapi bagitau tak puas makan butter cake yang leen wat aritu, jd untuk memenuhi permintaan kekawan mak, leen watkan cuppies butter cake then leen letak la cherry sket biarlah nampak serinya....ni kiranya leen nak wat amal jariah la sket, bersedekah...menjadi satu kepuasan bila mereka kata sedap...