Tuesday, March 31, 2009

..roti, roti, roti ...

Hi all!!!
for this whole week since last thursday, leen sibuk dengan projek breading leen. Mostly leen banyak buat sausage bun ngan hotdog bun. Semua ni leen supplykan untuk acik nor yang bawa van sekolah tu. Dia tolong leen jual pada anak-anak sekolah yang naik van sekolah dia. Tapi malangnya leen tak dapat nak shoot gambar2 bun dan tak boleh nak upload kat sini sebab kamera lak tak ade (almaklumla kamera pinjam, pepaham la noo...) . Tapi takpela bentuk rupanya sama je ek, cuma kalau ada gambar boleh kita kongsi keseronokan melihat gambar-gambar roti kita yang menggebu tu kan...

Monday, March 23, 2009

..DoorGift for any occassions..

nak promo la sket kat sini..
ni sample cuppies supermini dengan deko yang simple.
Harga: RM1.00/pcs

Topping : Chocolate Ganache

Topper : Single Flower Gumpaste or any candy

*Nota : harga tidak termasuk bekas cuppies*

..hantaran cuppies..

angah (ita@GDM) yang bagi leen ode ni..ode ni datang dari new customer ita (first time). Dia nak pada 8/3 yg lalu, ketika itu ita ada course Wilton...tp disebabkan customer tu beriya-iya sangat minta dibuatkan cuppies utk hari special dia, tak ingat lak samada bertunang or nikah..sori yek dik siti,jadi ita minta la leen tolong buatkan. Kebetulan siti tu stay di Selayang dan sedia pick-up di Paya Jaras nie.
Siti ode 200pcs. 100pcs marble cake dan 100pcs lagi chocolate moist cake.

100pcs - Marble Cake

Topping : Apple Green Buttercream + Black Gumpaste Flower


100pcs - Chocolate Moist Cake
Topping : Buttercream +Baby Blue Gumpaste Flower


Ready to pick-up

>>Close-up view<<







..mIni wHiTe LoAf..

White Loaf in the pan..
roti ni leen buat untuk di makan masa minum petang.. tea time for mak n abah.
makan roti kosong ni bersama jem strawberry ..minum teh 'o' panas..pergh!!!

:. Caterpillar Bread or/atau Twisted Sausage Bun.:
(Kak Ita @ Sg. Pelong ode 30 peket nak bawa balik Kelate, thx kak ita..)

:. Roti Sosej Goreng.:

..Mini Pizza Ayam Kari..


:. Inti Pizza - Ayam Kari .:

:. Mini Pizza - Ayam Kari (Sblm di bakar) .:


:. Mini Pizza (Pan 7") .:

Inti/Topping : Ayam Kari, Kentang, Lobak, Kobis

Tuesday, March 17, 2009

Hi all!!

Sori to u all..for a few week ni leen tak dapat nak share a new posting kat sini coz having a few troubleshooting with my desktop...so photo-photo yang da leen shoot tak bole nak edit. Temporary ni leen guna laptop ucu (satu-satunya adik lelaki leen yang handsome tu..hihihi). Leen akan cuba edit posting yang baru bila ada kelapangan sb nya la ni cuti sekolah, faham-faham la da anak-anak kat rumah semuanya macam-macam ragam....tak leh nak concentrate..by the way, have a nice school holiday for all blogger!!!

Tuesday, March 3, 2009

.: roti sosej :.

.: roti pizza :.

untuk hantar ke tempat kak ita @ Sg. Pelong.


Renungan:
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu.
Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka siapakah
gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah selepas itu?
Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal"
-Surah Ali Imran:160-

marble cuppies

ari minggu yang lepas, leen buat marble cupcake sebab nak test oven bulat mak punya...nak lihat tahap 'kembang'nya kek bila dibakar nanti. Resepinya ikut yang angah (ita@GDM) bagi.. so glad, menjadi dan ok tahap kembangnya kek tu..itupun angah suruh tambah baking soda 1/2 tsp. Masa nak bancuh kek ni, leen gantikan serbuk koko yang biasa diguna dengan black coco powder, sebab stok banyak lagi (biasa guna untuk wat steam chocolate cake) takut tak diguna nanti expired..tu yang nampak gelap marblenya. Ha..camne ngah, ok tak marble along nie..hihihi.
Cuppies ni leen hantar kat tempat kak ita @ Sg. Pelong..for sure, anak-anak leen suka makan (malunya sebab asyik citer anak-anak leen ni kuat makan, actually anak-anak leen tak la besar mana tapi selera mereka ni memang besar...lagipun anak-anak leen ni memang a good food tester, jika diorang suka memang tak cukup, kalau tak suka, alamat apa yang leen masak akan masuk perut tong...)

Sunday, March 1, 2009

.:: Balqis is 5 ::.

"..Happy Birthday Balqis.."

Nora ode kek birthday anaknya, Balqis yang ke-5. Dia nak wat majlis pada hari khamis malam. Kebetulan tengahari khamis tu leen nak pegi umah angah (GDM) sebab nak tolong dia deko cuppies..so leen siapkan bake and deko kek anaknya ari rabu malam. Dia juga ode brownies 100pcs untuk hantar ke sekolah tadika Balqis.


:. Chocolate Moist Cake .:
Topping : Chocolate Ganache,Gumpaste, Sugarpaste Image, Buttercream

:. Chocolate Brownies .:
Topper : Ganache + Chocolate Rice + Decorations Candy

.: Pizza :.

Topping : sosej + lobak merah + kobis (dihiris halus-halus)

ini pizza sosej, budak-budak memang suka...
Boleh dapat 8 slices bila dipotong.

Kalau anak-anak leen, bila makan pizza kat Pizza Hut diorang mesti ode topping sosej, diorang tak heran walau ada promosi yang lain. Tu pasal sekarang bila dah tahu wat pizza sendiri, leen lebihkan sosej dan tambahkan sayur yang mereka suka makan aje..